Thursday, May 28, 2009

SHOW MAT DI KELANTAN (SUARASA TV9)

Baru-baru ni Mat dengan Amir sempat mengadakan persembahan di Both Suarasa TV9 di Kelantan. Banyak kenangan manis waktu membuat persembahan di sana.
(untuk menonton persembahan video, sila klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=jqMu61LNWjw )




Friday, April 17, 2009

MAT BUAT SHOW DI PWTC

Esok 18hb April 2009, Mat dan Syem serta Yan (semua bintang Raja Lawak) akan buat show di PWTC sempena pesta buku Antarabangsa jam 4.00 ptg Kepada penyokong kami bertiga, jom join sama-sama Mat!

Saturday, March 21, 2009

MAT KINI MUNCUL KEMBALI.......


Salam...apa khabar semua? Mat harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Terlebih dahulu Mat ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog Mat ini. Bagaimanapun blog ini masih dalam peringkat proses penyiapan. Banyak gambar-gambar sewaktu Mat menyertai rancangan TV3 iaitu Sinaran Passport peringkat akhir belum dapat dimasukkan ke dalam blog ini. Begitu juga gambar-gambar sewaktu menyertai Raja Lawak baru-baru ini. Harap bersabar tau.
MAT DAN SYEM DI MUTIARA DAMANSARA
Buat masa ini Mat dan Syem boleh ditemui di Tesco Mutiara Damansara. Mat membantu Syem di sana. Semuakan tahu yang Syem seorang pelukis yang hebat. Kalau anda ingin wajah dilukiskan oleh Syem, datanglah sini. Boleh kita berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mat ni tak pandai sangat melukis. Tapi kalau suruh menyanyi tu, InsyaAllah...tak ada masalah..hehe..
KENANGAN BERSAMA TEMAN2 DI RAJA LAWAK




KENANGAN MAT DALAM SINARAN PASSPORT KEGEMILANGAN










Opppss.....! Ini bukan gambar Mat dalam Sinaran TV3 tau! Sebenarnya Mat sedang mengumpulkan semula gambar-gambar kenangan sewaktu menjadi Finalist Sinaran yang seangkatan dengan Shamsul Ghau Ghau dan Lan Pet Pet. Moga-moga beberapa gambar di atas akan menjadi nostalgia bagi anda dan akan menjadi kenangan abadi Mat akan mengembalikan nostalgia semula pada semua orang...!